Friday, 8 July 2011

WUDHU' ITU BERSIH DAN SUCI


Rasanye dah lama aku tak tulis cerita dalam blog ni...
jadi hari ni igat nak kongsi cerita sikit...

Kisah ini menceritakan mengenai sorg yg merendah diri...Beliau berada di dlm kapal terbang, bermusafir ke negeri lain....Beliau seringkali berhijrah ke negeri2 berdekatan untuk m'tlg mereka yg sedang berada dalam ke-alpa-an....

Sepanjang perjalanan, mulut dia tidak kering dari menyebut dan memuji Allah swt....Sehinggalah tiba waktu Solat....
Sebagai sorg muslim yg taat kepadaNya, beliau tidak berlengah-lengah dari melaksanakan perintah Yang Maha Esa...Dia terus bangun dan pergi menuju ke bilik air...

Ketika beliau hendak meratakan air ke bahagian kaki, beliau terpaksa membuka pintu kerana ruang bilik air itu terlalu kecil. Beliau pun mengangkat kaki kanan beliau untuk di masukkan ke dalam basin...

Belum sempat beliau memasukkan kakinya, seorang paramugari menegurnya....

"Tuan tidak boleh memasukkan kaki ke dalam basin itu, tidakkah ia akan mengotorkan air di dalamnya?" Ungkap paramugari itu dengan suara yang keras....

Pemuda itu tersenyum kearah paramugari itu dan dia berkata dengan suara yg lembut dan merendah diri....

"Hai paramugari, Berapa kali kamu mencuci mukamu dalam satu hari?"

"Kebiasaannya sekali atau dua kali dalam sehari." Paramugari menjawab dengan penuh keyakinan dan angkuh....Lalu Pemuda itu pun berkata....

"Hai saudari, sesungguhnya kakiku ini lebih bersih dari mukamu itu, kerana saya mencucinya lima kali dalam sehari." Ujar pemuda itu dengan sikap bersahaja...

Paramugari itu tidak membalas...Dia tersenyum lalu meminta maaf kepada pemuda itu...Paramugari itu pergi dan pemuda itu terus mengambil wudhu'.

huhuhuhu...setakat ni je ar cerita yg aku rasa yang dapat di kongsi bersama...

No comments:

Post a Comment